31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kapal tangki, lima warga asing ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah berjaya menahan sebuah kapal tangki kerana disyaki tidak mempunyai lesen.

Penahanan itu dibuat pada kedudukan 17.5 batu nautika barat Tanjung Lobang yang turut menahan lima warga asing gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, kapal terbabit ditahan semasa pasukan kapal ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan rutin di perairan Miri, Sarawak.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati kapal tangki berkenaan dikendalikan oleh lima kru termasuk nakhoda (Master) yang tiada dokumen pengenalan.

“Kesemua mereka adalah warga Indonesia berumur di antara 23 sehingga 34 tahun.

Advertisements

“Kesemua mereka ditahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 iaitu lesen tamat tempoh dan tiada dokumen pengenalan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, pada pemeriksaan yang sama, kapal terbabit turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa minyak bersubsidi dan tiada borang PDA.

“Kesemua kru dan kapal tangki berkenaan diiring ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu, Miri untuk tindakan lanjut,”katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang – undang dan tidak akan berkompromi ke atas pesalah yang ingkar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan