27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

25 permit ceramah, kempen PRK diluluskan

Mesti Baca

POLIS Johor sudah meluluskan sebanyak 25 permit ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di negeri itu.

Jurucakap Media PRK Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, daripada jumlah itu, 20 permit adalah di kawasan Parlimen Pulai, manakala lima lagi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

“Bagi kawasan Parlimen Pulai, dua permit ceramah dan 18 permit kempen diluluskan manakala bagi kawasan Dun Simpang Jeram, dua permit ceramah dan tiga permit kempen sudah diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang kertas siasatan yang dibuka.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua parti dan kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, banner, bendera, kain rentang mana-mana parti politik dengan mencabut atau membakarnya.

Advertisements

“Perkara ini adalah satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kami juga menasihatkan supaya setiap calon pilihan raya yang ingin mengadakan kempen, mengikuti peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan tidak menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja dan kekalkan ketenteraman awam.

“Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan