27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Status OKU tak halang Rosnan laksana tugas di Hari Kebangsaan

Mesti Baca

MEMPUNYAI status Orang Kurang Upaya (OKU) tidak menjadi penghalang kepada Pengarah Artistik dan Konsep sambutan Hari Kebangsaan 2023, Rosnan Nordin untuk melaksanakan amanah yang diberi.

Malah Rosnan berusaha melakukan sebaik mungkin supaya hari bersejarah itu berlangsung sempurna dengan persembahan yang menakjubkan.

Berbekalkan kepakaran dan kemahiran selama 20 tahun melaksanakan tugasan berkenaan, Rosnan yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), berkata beliau bangga kerana menjadi OKU pertama mengarah konsep sambutan Hari Kebangsaan secara keseluruhan.

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 58 tahun itu berkongsi kepada Bernama baru-baru ini bahawa beliau kehilangan kaki kiri selepas terpaksa dipotong pada Jun lepas akibat jangkitan kuman.

Advertisements

“Tahun-tahun sebelum ini (sejak 2008) saya masih sempurna, tapi bulan Jun lepas kaki kiri terpaksa dipotong.

Jadi tahun ini, saya berstatus sebagai Pengarah Artistik dan Konsep yang OKU.

“Saya berpegang kepada prinsip ‘passion to work for country, not for recognition’. Kalau berharap pada pengiktirafan sudah tentu dengan keadaan sekarang, saya tak boleh tunaikan amanah ini,” katanya yang kerap mencuri perhatian apabila muncul di atas pentas utama dengan berkerusi roda menyaksikan kelancaran raptai Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Berkongsi proses perancangan pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan, Rosnan berkata dengan dibantu lebih 60 tenaga kerja, pasukan berkenaan mula memikirkan konsep tahun berikutnya selepas sahaja acara pada tahun semasa selesai. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan