31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Penang FC pecat Khalid, Eng Hua

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENANG FC mengambil langkah drastik susulan prestasi hambar dalam kancah Liga Super dan Piala Malaysia dengan menamatkan khidmat pengarah teknikal, Kamal Khalid dan pengurus pasukan, Ong Eng Hua berkuat-kuasa serta-merta.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang merangkap pengurusan kelab, Daniel Gooi berkata, pengurusan tertinggi kelab mengambil maklum prestasi semasa skuad senior dan berasa amat dukacita dengan apa yang berlaku.

Katanya, pihak pengurusan juga sedar bahawa langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk kembali bangkit daripada situasi ini.

“Pengurusan Penang FC memutuskan untuk menamatkan khidmat Pengarah Teknikal Kelab, Kamal Khalid dan Pengurus Pasukan, Ong Eng Hua dengan serta-merta.

“Kedua-dua individu ini tidak lagi akan terlibat dalam apa jua urusan kelab dan pasukan selepas ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Penang kini berada ditangga ke-10 Liga Super dengan 19 mata daripada 21 perlawanan.

Skuad Harimau Kumbang itu tewas dalam tujuh perlawanan berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super dengan kekalahan terbaharu dicatat semalam apabila tewas 3-0 kepada PDRM FC.

Sementara itu, Daniel memaklumkan, ketua jurulatih yang baharu juga akan memainkan peranan sebagai pengurus pasukan. 

“Ini akan memberikan tanggungjawab penuh kepada ketua jurulatih yang juga merangkap Pengurus Pasukan untuk mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC.

“Langkah pembaharuan menyeluruh ini adalah untuk membawa perubahan drastik dalam tadbir urus dan penambahbaikan kepada pasukan, bagi memenuhi harapan dan aspirasi para penyokong dan peminat pasukan Penang,” katanya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan