TEKA-TEKI akhirnya terjawab apabila pelakon kontroversi Hafidz Roshdi selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Athira Yuhada.
Hafidz, 29, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.
Menerusi hantaran itu, Hafidz memuat naik sekeping gambar berserta video meluahkan rasa syukur apabila sah bergelar suami kepada Athira.
“Alhamdulillah,” tulisnya.
Terdahulu, khabar angin mengatakan pasangan kontroversi itu bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Disember tersebar, namun Hafidz enggan memberi sebarang komen.
Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. – Edisi 9