30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MAQIS rampas 158 kotak produk makanan tiada permit dari Korea

Mesti Baca

SEBANYAK 158 kotak mengandungi sosej babi, kepingan daging babi, daging lembu dan ginseng dari Korea dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat, Selasa lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata rampasan dilakukan selepas pemeriksaan terhadap sebuah kontena jam 3.30 petang.

“Siasatan dan pemeriksaan mendapati, sebuah syarikat tempatan membawa masuk produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea itu tidak mempunyai sebarang permit import sah dikeluarkan MAQIS.

Advertisements

“Dalam siasatan itu, kita mendapati terdapat daging lembu, sosej babi, kepingan daging babi dan ginseng di dalam kontena berkenaan tanpa permit import.

“Justeru, 158 kotak yang mengandungi produk berkenaan dianggarkan bernilai RM40,087.50 dirampas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan