27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Maqis rampas 18 tan gelatin dari Pakistan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas sejumlah 18 tan gelatin dari Pakistan bernilai RM635,383.33 dalam pemeriksaan yang dilaksanakan di Pelabuhan Utara, Jumaat lalu.

Rampasan yang dibuat jam 11.30 pagi itu dibuat selepas pihak berkuasa mendapati barangan terbabit tidak mematuhi syarat rawatan dalam permit import.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, semakan mendapati kontena berisi gelatin itu tiba di pelabuhan tersebut pada 26 Mei lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati gelatin itu diimport masuk oleh sebuah syarikat pembuatan makanan yang beroperasi sekitar lembah klang.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada kontena itu menemui 18 tan gelatin dari Pakistan yang dianggarkan RM635,383.33.

Advertisements

“Bagaimanapun, didapati ia dibawa masuk dengan tidak mengikut syarat rawatan yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam permit import,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Gelatin kebiasaannya digunakan bagi mempelbagaikan produk sama ada sebagai bahan ramuan makanan dalam industri pemprosesan makanan.

Jelas Mohd. Sobri, ini merupakan kesalahan pertama syarikat tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (2) akta yang sama.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan