Wednesday, July 22, 2026

Kelantan tawar tiket Liga Super serendah RM3

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN FC memberikan tawaran menarik buat penyokongnya untuk datang ke stadium apabila menawarkan tiket serendah RM3 bagi tempat duduk terbuka bagi aksi Liga Super menentang Sri Pahang, Jumaat ini.

Pemilik kelab, Norizam Tukiman berkata, tiket tersebut terhada kepada 4,000 keping dan setiap seorang hanya boleh membeli tiga keping tiket sahaja.

“Untuk makluman penyokong, jualan tiket secara fizikal akan dibuka pada 20 Jun (hari ini). Tiket hanya boleh didapati di TRW Shop bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

“Tiket berharga RM9 (tempat duduk astaka) terhad kepada 500 orang sahaja, setiap seorang hanya boleh membeli hanya tiga keping tiket sahaja,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Selain itu, bagi tiket terbuka, pihak pengurusan Kelantan FC turut memberi tawaran tiket murah dengan harga RM10 jika dibeli esok, RM15 (22 Jun) sementara bagi hari perlawanan dijual pada harga RM25.

Bagi tiket astaka akan dijual pada harga RM25 esok, RM30 (22 Jun) dan RM45 (23 Jun).

Norizam atau Zamsaham berkata, di Hotel Zamburger di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, jualan tiket akan beroperasi selama 24 jam.

Katanya, penyokong boleh membuat pembelian secara atas talian di tickethotline.com.my pada 21 hingga 23 Jun ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan