32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Mohamad Sabu dilaporkan stabil – Saifuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEADAAN kesihatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu kini dilaporkan stabil.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mohamad cuma perlu sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.

Perkembangan kesihatan Mohamad dinyatakan Saifuddin selepas melawat Presiden Parti Amanah itu di Hospital Putrajaya semalam.

Advertisements

“Moga Saudara Mohamad Sabu segera dikurniakan aafiyah dan dapat kembali berkhidmat, Insya-Allah,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Awal pagi Sabtu lalu, Mohamad selamat menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya berhubung appendicitis.

Jumaat lalu beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan berhubung appendicitis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan