27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Cubaan lori kontena seludup ayam sejuk beku RM132,000 gagal

Mesti Baca

CUBAAN sebuah lori kontena menyeludup lebih 16 tan keratan ayam sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM132,000 dari negara jiran, gagal.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, lori kontena yang membawa kotak keratan ayam itu ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, kira-kira jam 8 malam Rabu lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati keratan ayam berkenaan cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan.

“Keratan ayam yang cuba dibawa masuk itu tidak mematuhi syarat import, iaitu ‘batch’ atau lot nombor tidak sama dengan dokumen diisytiharkan.

Advertisements

“Kegagalan mengemukakan maklumat tepat adalah suatu kesalahandi bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bawah Seksyen 15(2) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, MAQIS terus komited menjaga biosekuriti makanan negara dengan memastikan aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan dipatuhi.

“Kita tidak akan leka bagi memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma serta makanan yang diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit serta bahan cemar,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan