29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Modul Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk pelajar Islam – KPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan berkata, modul itu bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasa kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat Karamah Insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti.

“Program secara rintis pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara,” katanya hari ini.

Advertisements

KPM pada 19 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan di SMKA dan SABK seluruh negara.

Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat tentangan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang mendakwa ia bertentangan Perlembagaan Persekutuan.

KPM berkata, kementerian sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai muni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

RM2.734 juta untuk Majlis Tilawah Kebangsaan – Wan Rosdy

KERAJAAN Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM2.734 juta bagi menjayakan Majlis Tikawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung...

Lagi Artikel Berkaitan