29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

KPM tingkat SOP penyelengaraan kemudahan sukan di sekolah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) penyelengaraan terhadap kemudahan sukan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah sentiasa mengingatkan para pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas.

“Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah, KPM akan memastikan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah.

“Ia perlu dipastikan berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan para pelajar,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Advertisements

Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama- rakan sekelas di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, di Bintulu, Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, Fadhlina juga memberikan jaminan bahawa KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan tragedi tersebut.

“Saya menzahirkan rasa dukacita atas perkhabaran seorang murid sekolah yang meninggal dunia ketika sedang menjalani aktiviti kokurikulum seperti yang dilaporkan hari ini.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan saya memberi jaminan KPM menerusi JPN akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia alu-alukan resolusi PBB berhubung Palestin – Anwar

MALAYSIA mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin...

Lagi Artikel Berkaitan