25.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

PPPM cerminan kejayaan setiap peringkat pendidikan – Masa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEJAYAAN sedekad Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan hasil usaha warga pendidi di semua peringkat kementerian, jabatan dan pejabat pendidikan, khususnya di sekolah seluruh negara. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Masa Depan Malaysia (Masa), Azril Mohd. Amin berkata, pencapaian itu mencerminkan kecekalan dan inovasi mampan yang boleh menjadi ikutan dalam mengatasi segala bentuk rintangan dan halangan. 

“Penilaian setiap laporan tahunan dari 2013 jelas membuktikan 10 tahun pelaksanaan PPPM telah menghasilkan kejayan yang cukup bermakna sejak pelancarannya pada 6 September 2013.

“Namun penghargaan tertinggi tentulah wajar diberikan kepada warga pendidikan di semua peringkat kementerian, jabatan dan pejabat pendidikan, khususnya di sekolah seluruh negara. 

“Ternyata, sumbangan kolektif mereka telah mengukuhkan kejayaan menyeluruh plan pembangunan tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan (KPM) 2022 yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam merekodkan kejayaan cemerlang pelan induk pendidikan tersebut sejak pelaksanaannya pada 2013.

Ia memaparkan pencapaiannya menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, di samping kejayaan dan peningkatan prestasi pelajar, penyempurnaan latihan guru hinggalah kelancaran perjalanan integrasi teknologi di bilik darjah. 

Azril berkata, impak pelan pembangunan itu boleh dirasai dalam setiap aspek pendidikan merentas semua peringkat.

“PPPM telah mengorak langkah berwawasan bagi negara kita dalam mengukuhkan aksesibiliti dan kualiti, kesaksamaan, perpaduan serta kecekapan dalam pendidikan. 

“Pelan induk pendidikan ini telah menggariskan trajektori luar biasa untuk sektor pendidikan negara, sekali gus membentuk masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan