27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Cools, Hong Wan kembali perkuat Harimau Malaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memanggil semula 11 pemain termasuk Dion Cools dan Nathaniel Shio Hong Wan bagi menyertai kem latihan pusat kebangsaan yang akan bermula 29 Ogos ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, pengendali dari Korea Selatan itu mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain daripada kem latihan pusat di Kuala Terengganu pada Jun lalu.

“Baki 11 pemain lain terdiri daripada tujuh pemain dari kem Mac yang tiada ketika kem Jun iaitu kapten pasukan, Dion Cools; dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Damien Lim, Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih.

“Selain itu turut dipanggil ialah tiga pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin sementara Hong Wan kembali dipanggil untuk kali pertama, tahun ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, masing-masing pada 6 dan 9 September ini di Chengdu, China.

Senarai 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan Harimau Malaya bermula 29 Ogos ini. – Edisi9/FAM

Daripada senarai 26 pemain tersebut, keputusan Pan Gon menyenaraikan penyerang Selangor FC, Faisal Halim agak mengejutkan kerana pemain tersebut tidak beraksi dalam perlawanan kompetetif selama sebulan.

Ini susulan penggantungan selama sebulan sehingga hari ini selepas dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib kerana didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya pada 27 April itu.

Sementara itu, trio Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Afiq Fazail, Muhamad Feroz Baharudin dan Muhammad Syafiq Ahmad hanya diletakkan dalam senarai bersedia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan