30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Honor Magic5 Pro perkenal edisi terhad sempena Merdeka

Mesti Baca

RANCAK meraikan sambutan Hari Merdeka, Honor Magic5 Pro melancarkan edisi istimewa dengan warna terhad iaitu Coral Purple.

Keluaran Merdeka Edisi Terhad ini berwajah baru dengan kesegaran dan kemeriahan dan bakal berada di pasaran pada Jumaat ini.

Berjaya memenangi hati konsumer di seluruh Malaysia, Honor Magic5 Pro mempunyai keajaiban Fotografi  danTangkapan Falcon yang luar biasa.

Tiga Kamera Utama Falcon pada Honor Magic5 Pro membolehkan setiap pengguna menjadi jurugambar profesional.

Sama ada berada di perjumpaan keluarga atau meneroka di luar, kanta canggih menghasilkan foto yang tercantik, memastikan kenangan pengguna dapat ditangkap dalam butiran yang menakjubkan dan warna yang terang.

Ia seperti jurugambar pakar di dalam poket dengan tangkapan imej yang paling jelas yang memenuhi permintaan pengguna.

Honor juga sentiasa berpegang kepada nilai terasnya iaitu ‘consumer centric dan Honor Magic5 Pro adalah contoh terbaik di antaranya.

Skrin Honor Magic5 Pro yang dilengkapi dengan fungsi pemalapan PWM 2160Hz dan paparan sirkadia malam, skrin ini telah mendapat tempat nombor satu dalam ujian skrin DXOMARK.

Advertisements

Keseronokan visual yang dibawakan oleh skrin besar berdefinisi tinggi dan teknologi perlindungan mata memberikan pengalaman menonton yang selesa dan mengasyikkan.

Dengan kapasiti bateri 5,100mAh, Honor Magic5 Pro memastikan penggunanya menikmati setiap skrol media sosial dan apl kegemaran sambil kekal berhubung tanpa bimbang tentang kehabisan bateri.

Disokong oleh hayat bateri 5,100mAh yang terbaik dalam kelasnya, Honor Magic5 Pro ialah rakan yang boleh dipercayai dalam gaya hidup sibuk anda.

Dengan Promosi Honor sempena Hari Merdeka, di mana khazanah hadiah menarik dan hadiah percuma bernilai sehingga RM10 juta sedang menanti anda.

Promosi berlangsung dari 25 Ogos hingga 17 September dan ia adalah peluang keemasan bagi peminat teknologi untuk menikmati peranti canggih pada harga yang berpatutan.

Bagi yang menyertai promosi perayaan ini, mereka berpeluang menang besar dengan menyertai cabutan bertuah.

Dengan setiap pembelian mana-mana telefon pintar atau tablet Honor (tidak termasuk peranti audio dan mampu dipakai), bagi ‘Like’ di halaman Facebook Honor Malaysia dan seterusnya kongsikan foto peranti baharu anda di media sosial serta gunakan hashtag #HONORMerdeka2023.

Hadiah menarik termasuk Honor Magic5, mesin kopi Nescafe dan set fon telinga Bluetooth menanti 155 pemenang bertuah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan