28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Onpaku, filem seram Jepun terbaharu temui penonton 31 Ogos ini

Mesti Baca

GEMAR mempamerkan kehidupan realiti sebenar manusia dalam setiap hasil kerjanya, Onpaku arahan Shugo Fujii turut menerapkan elemen kesedihan, kegembiraan dan kesengsaraan.

Bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 31 Ogos ini, Onpaku dilakonkan oleh pelakon terkenal Josie Ho, Lawrence Chou dan Kazuya Takahashi.

Filem seram Jepun edaran Mega Films Distribution Sdn Bhd ini mengisahkan tentang kesusahan dan keperitan perjalanan kehidupan seorang gadis bernama Sarah.

Percutian dan lawatan sambil bekerjanya bertukar menjadi kejadian penuh misteri apabila dia mula menjejakkan kaki di sebuah rumah penginapan yang di panggil “minipaku”.

Di sinilah bermulanya Sarah mengetahui dan mencungkil tentang sejarah silamnya. Kehadiran Sarah sebenarnya adalah sebuah jemputan secara misteri tanpa dia sedari.

Shugo Fujii ialah seorang pengarah yang berasal dari negara Jepun dan adalah graduan California Institute of Arts dalam bidang perfileman.

Dalam salah satu karyanya berjudul MIMICRY FREAKS, dia adalah pengarah Jepun pertama yang merangkul Anugerah Filem Asian Grand Prix di Festival Filem Brussels International Fantastic.

Menerusi filem ini, dia menerapkan emosi yang ditonjolkan hingga mampu untuk mengganggu minda penonton.

“Saya mahu penonton lebih terbuka dengan kejadian kehidupan manusia yang sebenar dan isu sosial,” katanya.

Filem Onpaku adalah lakonan Josie Ho yang kedua ditayangkan di Malaysia pada tahun ini.

Josie turut membintangi filem Rajah yang telah ditayangkan pada awal Mac lalu bersama pelakon handalan tempatan iaitu Bront Palarae dan Shaheizy Sam.

Sinopsis

Perjalanan dari Tokyo ke Hong Kong hanya mengambil masa selama lima jam, tetapi kedua negara ini sama sekali mengamalkan cara kehidupan yang berbeza.

Sarah (lakonan Josie Ho) tiba di negara Jepun untuk membuat pelaburan hartanah sekali gus mengadakan percutian singkat untuk mencari ketenangan selepas berpisah dengan teman lelakinya.

Segala persiapan telah diatur dengan baik terlebih dahulu sebelum tiba di negara itu termasuk penginapan hotel, perjumpaan bersama broker hartanah sehingga ke lawatan tapak.

Selepas ketibaannya, satu per satu perkara mula bertukar menjadi aneh dan tidak seperti yang dirancangkan.

Ejen hartanah yang datang menjemputnya di lapangan terbang (lakonan Lawrence Chou) tanpa diduga adalah kenalan masa lalunya.

Dia dimaklumkan bahawa tempahan di sebuah hotel mewah yang ditempah awal telah dibatalkan berikutan penginapan itu ditutup khas buat Presiden Amerika Syarikat bersempena lawatan beliau ke negara itu.

Usaha untuk mendapatkan penginapan di hotel berdekatan juga gagal kerana kesemuanya telah penuh.

Advertisements

Selepas melalui keadaan yang merumitkan, ejen hartanah berkenaan meletakkan Sarah di sebuah kediaman persendirian yang disewakan kepada tetamu untuk jangka masa pendek yang di panggil “minipaku”.

Keadaan “minipaku” ini seolah-olah ditinggalkan dan kelihatan sangat usang dan menyeramkan.

Tanpa melengahkan masa, setelah penat seharian melalui pelbagai dugaan, Sarah masuk ke dalam kediaman itu.

Ketika mendaftar masuk, dia disambut baik oleh seorang wanita tua (lakonan Kazuko Shirakawa).

Wanita itu seolah-olah mengenalinya dan ternanti-nanti akan ketibaan Sarah. Begitu juga dengan tetamu-tetamu yang lain.

Bermulalah kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan berlaku pada malam pertama penginapannya di minipaku itu.

Keesokan paginya, Sarah cuba untuk meninggalkan minipaku, tetapi malangnya dia dimaklumkan tiada penginapan lain yang kosong dan harus tinggal di situ beberapa hari.  

Apa yang Sarah tidak ketahui ialah ini adalah sebuah rumah yang mempunyai sejarah yang sangat misteri, menakutkan dan secara tidak langsung ada kaitan dengannya.

Minipaku pada masa yang sama sedang dalam siasatan polis kerana berlaku kejadian kehilangan seorang wartawan yang sedang menyiasat rumah itu baru-baru ini.

Berlaku kejadian aneh yang membawa kepada perhatian wartawan terbabit. Namun hasil siasatan membawa kepada penemuan rangka mayat dibawah papan lantai rumah berkenaan.

Apa yang menjengkelkan lagi, apabila mayat dipenuhi dengan parasit ganas yang memakan mayat itu.

Detektif yang mengetuai siasatan ini (lakonan Kazuya Takahashi) percaya dan mengesyaki bahawa rumah penginapan ini menyimpan lebih banyak perkara yang misteri.

Dengan apa yang berlaku dalam kehidupan peribadinya yang hampir membuat dia kehilangan kerjayanya, Sarah yakin jika penemuan dan penyelesaian kes ini dapat membantu membaik pulih prestasi kerjayanya.

Adik perempuan Sarah, seorang saintis di bahagian forensik turut bekerjasama membantu dalam siasatan kes ini.

Pada awalnya, dia menyangkal akan siasatan ini namun pembabitannya akhirnya membawa kepada kematian.

Dengan keadaan yang berlaku jauh dari apa yang dirancang sejak awal ketibaannya di Tokyo, lawatan Sarah ke negara itu berubah menjadi sebuah mimpi yang mengerikan.  

Perkara yang mengejutkan lagi, apabila penjaga rumah penginapan minipaku itu  memaklumkan bahawa Sarah mungkin sedang hamil dan kehadirannya ke rumah itu ibarat dia telah pulang kembali ke ‘rumah’ untuk melahirkan.

Persoalannya apakah ini adalah permulaan atau pengakhiran misteri yang berlaku kepada diri Sarah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan