Tuesday, July 21, 2026

Boboiboy Galaxy musim kedua temui peminat Disember ini

Mesti Baca

SYARIKAT harta intelek, Monstra yang juga francais bagi watak Boboiboy melancarkan iklan acah poster Boboiboy Galaxy Musim Kedua.

Animasi popular itu bersedia untuk menaiki ‘rollercoaster’ dalam perkadaran epik, Disember ini.

Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, berkata musim kedua siri animasi ini sedia memukau hati peminat di seluruh dunia apabila semua penonton sekali lagi dapat bersama-sama menyertai pengembaraan Boboiboy.

“Boboiboy Galaxy musim kedua akan memberi tumpuan kepada pengembaraan susulan peristiwa filem kedua.

“Setiap set episod akan memperkenalkan arka baharu (plot), menyelami wilayah cabaran baharu yang belum dipetakan dan detik mengharukan dengan wajah baharu, sambil membawa kembali watak sedia ada.

“Usaha menggabungkan semua aspek ini diyakini menjadi penyumbang utama kejayaan berterusan francais Boboiboy.

“Dedikasi mereka terhadap kualiti dan kecemerlangan penceritaan memastikan musim kedua akan menjadi pengalaman yang cemerlang dan memukau penonton daripada semua peringkat umur dan latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Faiz berkata, MOSTA yang dahulunya dikenali sebagai Animonsta Studios, berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam industri animasi dengan keberadaan di 70 negara di seluruh dunia.

“Walaupun tidak berada di layar perak sejak tayangan filem blockbuster kedua pada 2019 dan musim pertama pada 2016, francais Boboiboy terus mengumpul beribu-ribu pengikut di platform media sosial.

“Kita juga meraih pelanggan YouTube dan diundi sebagai filem animasi tempatan kedua paling popular menerusi tinjauan pendapat terkini Anugerah TikTok 2023,” katanya.

Katanya, kualiti dan penceritaan Boboiboy Galaxy musim kedua pastinya memukau penonton yang membabitkan semua peringkat umur dan latar belakang.

“Jangan lupa nantikan pada Disember ini, Monsta kembali selepas ‘berehat’ selama lima tahun untuk tayangan memukau Boboiboy,” katanya. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan