Monday, July 20, 2026

Sektor kreatif digital, animasi agenda baharu TVET – Zahid

Agenda TVET akan terus diperkukuh agar kekal relevan dengan keperluan industri masa hadapan, termasuk dalam sektor kreatif digital yang sedang berkembang pesat.

Mesti Baca

SEKTOR kreatif digital dan animasi berimpak tinggi dikenal pasti sebagai fokus baharu dalam agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasiokal (TVET) bagi memacu modal insan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sektor tersebut merupakan ekosistem ekonomi yang bukan sahaja melahirkan tenaga mahir tetapi juga mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi serta mengangkat imej Malaysia ke peringkat global.

“Pada tengah hari tadi, saya menerima taklimat mengenai satu inisiatif baharu melibatkan sebuah projek nasional berkaitan TVET yang dirangka untuk memacu pembangunan modal insan, khususnya melalui pendekatan industri kreatif dan animasi berimpak tinggi.

“Saya melihat animasi sebagai satu ekosistem ekonomi yang mampu melahirkan tenaga mahir, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi dan mengangkat imej Malaysia ke peringkat global,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, pendekatan yang menghubungkan latihan, industri dan penciptaan harta intelek itu wajar diteroka secara serius dan berperingkat.

“Insya-Allah, agenda TVET akan terus diperkukuh agar kekal relevan dengan keperluan industri masa hadapan, termasuk dalam sektor kreatif digital yang sedang berkembang pesat,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan