30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Animasi ‘Super Nabil’ terap nilai murni dan pengajaran

Mesti Baca

SELEPAS kejayaan siri animasi ‘Lu Pikir La Nabil, Tuudeh…!’, selebriti versatil Malaysia, Nabil Ahmad tampil dengan siri animasi terbaharunya, ‘Super Nabil’.

Berbeza dengan penceritaan sebelumnya, animasi kali ini  memberi penekanan terhadap nilai murni dan pengajaran yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan penonton, khususnya golongan kanak-kanak.

Siri animasi ini adalah spin-off daripada kisah penceritaan zaman kanak-kanak Nabil Ahmad yang diselitkan dengan pelbagai pengajaran dan moral yang bermanfaat.

Mengikut jejak langkah ‘Lu Pikir La Nabil’, penceritaan menerusi 12 episod ini masih mengekalkan sisi nostalgik serta pembawaan elemen tradisional.

Namun menerusi ‘Super Nabil’ yang ditayangkan di Astro Ceria, konsep komedi dan ‘sci-fiction’ yang ditonjolkan bertujuan untuk memberi keserasian terhadap minat penonton dengan elemen ‘superhero’ yang lebih dekat di hati kanak-kanak pada masa kini.

Nabil berkata, selepas menerima maklum balas yang amat baik dari peminat dan penonton mengenai siri animasi Lu Pikir la Nabil sebelum ini, dia, Astro dan pihak produksi telah menjalankan survey bagi menghasilkan siri terbaharu ini.

“Menerusi survey yang dibuat, maka terciptalah ‘Super Nabil’ yang di inspirasikan dari pengalaman saya sewaktu kecil bersama rakan-rakan ketika bermain permainan tradisional.

Advertisements

“Nama siri baharu ini dipilih kerana bersesuaian dengan jalan cerita yang banyak elemen komedi dan ‘sci-fiction’ yang begitu dekat di hati kanak-kanak masa kini,” katanya.

Selain menampilkan jalan cerita yang lucu, ‘Super Nabil’ padat dengan pengajaran mengenai pentingnya keyakinan diri melalui kelebihan yang dimiliki.

Nabil berkata, setiap manusia perlu percaya pada diri mereka sendiri berbanding sumber luar kerana kekuatan diri itu datangnya dari dalaman.

“Kejayaan kita bergantung kepada usaha kita sendiri dan ia adalah nasihat yang diberi menerusi kisah yang dilalui watak Nabil dalam siri animasi ini.

“Saya berharap kekuatan yang dipaparkan dalam siri ini dapat membuka peluang dan membuka mata penonton tentang keperluan memperluaskan animasi tempatan di Malaysia seperti animasi yang lain.

“Saya juga berharap agar ‘Super Nabil’ terpahat di hati penonton di kalangan kanak-kanak dan juga ibu bapa serta mendapat tempat sebaris dengan animasi-animasi tempatan popular,” katanya lagi.

Penonton kini boleh menyaksikan ’Super Nabil’ menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan