28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Astro Go Shop henti operasi mulai 11 Oktober ini

Mesti Baca

ASTRO Malaysia Holdings Bhd (Astro) akan menghentikan operasi Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) yang mengendalikan perniagaan beli belah di rumah di bawah jenama ‘Go Shop’ pada 11 Oktober 2023.

Langkah yang diputuskan bersama rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR) itu berikutan landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna.

AGSS ialah usaha sama yang ditubuhkan antara Astro Retail Ventures Sdn Bhd (ARV), anak syarikat milik penuh Astro yang memegang 60 peratus kepentingan ekuiti dan GSR memegang baki 40 peratus.

“Sebagai sebahagian daripada penjajaran semula strategik yang sedang dijalankan dalam Astro, termasuk pelaksanaan langkah penjimatan kos yang ketara, kedua-dua pihak telah mengambil keputusan untuk keluar dari perniagaan.

Advertisements

“Terdapat kemerosotan yang ketara dalam mod beli belah ini sejak pandemik dan penutupan akan memastikan sumber Astro tertumpu pada bidang perniagaan yang menyumbang perbezaan terbesar kepada operasi keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Go Shop tidak dianggap sebagai subsidiari material Astro dan tidak dijangka mempunyai kesan material ke atas pendapatan sesaham disatukan, aset bersih sesaham atau gearing untuk tahun kewangan 2024.

“Go Shop ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan padu mereka sejak beberapa tahun lalu.

“Syarikat juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Go Shop atas semangat dan dedikasi mereka terhadap jenama selama bertahun-tahun,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan