31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Perayaan Peranakan tonjol keunikan budaya masyarakat

Mesti Baca

PERSATUAN Modern Baba Nyonya menganjurkan Perayaan Peranakan bagi memberi peluang orang ramai merasai keunikan budaya masyarakat tersebut yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Oktober ini.

Acara yang berlangsung di Summit USJ, Subang itu bertujuan untuk mempamerkan ciri khas kaum Peranakan melalui hidangan dan pakaian tradisional.

Penasihat kepada penganjur Perayaan Peranakan 2023 yang juga Presiden Persatuan Peragawati dan Peragawan Fesyen Malaysia (MFMPA), Dr Jason Hee, berkata Perayaan Peranakan berperanan sebagai perayaan yang meningkatkan semangat terhadap warisan budaya negara ini.

“Ia adalah saat istimewa yang mana kita, sebagai komuniti dan negara, bersatu untuk menghargai dan memberi penghormatan kepada budaya kaum Peranakan ini sebagai sebahagian daripada identiti Malaysia kita.

“Festival ini adalah satu peringatan yang indah mengenai perpaduan harmoni tradisi dan adat yang menentukan kepelbagaian dan daya tarikan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Perayaan Peranakan Festival biasanya diraikan di beberapa negeri di seluruh negara, termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu, selain turut disambut secara meluas di Thailand dan Singapura.

Istilah peranakan merangkumi komuniti Cina yang dilahirkan di Selat di Singapura dan Malaysia, yang terdiri daripada individu yang lahir di kawasan bekas Penempatan Selat (Singapura, Pulau Pinang dan Melaka) atau bekas British Malaya (kini Semenanjung Malaysia).

Komuniti minoriti Cina ini sering dikenali sebagai ‘Cina Selat’, secara utamanya dikenali dengan komponen yang paling besar dan berpengaruh, iaitu ‘Cina Peranakan’.

Menerusi festival dua hari yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti, antaranya demonstrasi hidangan Peranakan secara langsung, pameran galeri, persembahan dan pelbagai aktiviti menarik yang mampu menghimpunkan masyarakat pelbagai bangsa.

Pengunjung boleh menjelajah pelbagai aktiviti menarik di festival berkenaan termasuk gerai jualan yang menampilkan barangan Peranakan yang dihasilkan dengan teliti. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan