28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pawagam GSC Berjaya Times Square tamat operasi 27 November ini

Mesti Baca

GOLDEN Screen Cinemas (GSC) mengumumkan GSC Berjaya Times Square akan menjalankan tayangan terakhir pada 26 November ini dan akan berhenti operasi pada 27 November 2023.

Sehubungan itu, pengendali rangkaian pawagam terkemuka itu mengucapkan terima kasih kepada pelanggannya sejak pawagam itu dibuka pada 27 Januari 2005.

Ia menyifatkan satu perjalanan yang luar biasa sepanjang tempoh GSC Berjaya Times Square dibuka kepada orang ramai.

“Harap maklum bahawa GSC Berjaya Times Square akan menjalankan tayangan terakhir kami pada 26 November 2023 dan akan berhenti beroperasi pada 27 November 2023.

“Ia adalah satu perjalanan yang luar biasa sejak kami mula-mula mengalu-alukan anda pada 27 Januari 2005.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas sokongan dan naungan anda yang tidak berbelah bahagi selama lebih 17 tahun lalu.

Advertisements

“Senyuman, tawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

GSC berkata, walaupun GSC Berjaya Times Square ditutup, pihaknya menjemput pelanggan untuk menikmati tayangan filem di cawangan pawagam terdekat iaitu GSC LaLaport BBCC.

“Terima kasih sekali lagi kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada perjalanan minat filem anda.

“Kita akan jumpa anda tidak lama lagi di GSC LaLaport BBCC!,” katanya.

GSC mempunyai lebih 509 skrin merentasi 55 lokasi di seluruh negara dengan menawarkan pengalaman menonton filem dengan teknologi sinematik moden. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan