32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Karachi bandar raya paling tercemar di dunia

Mesti Baca

BANDAR terbesar di Pakistan, Karachi mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kualiti udara bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia pada Ahad, menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.

Sementara itu, Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga.

Kerajaan wilayah Punjab mewajibkan penduduk di 10 daerah yang dilanda kabus asap memakai pelitup muka selama seminggu.

“Utamakan kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama. Sila patuhi garis panduan untuk kehidupan komuniti yang lebih selamat,” kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi di X.

Advertisements

Pada Sabtu, sekatan pergerakan dilaksanakan di daerah yang terjejas untuk menangani peningkatan tahap pencemaran udara dengan mengurangkan pelepasan berkaitan oleh industri dan pengangkutan.

Institusi pendidikan dan pejabat juga ditutup. Kabus asap menyelubungi sekurang-kurangnya 10 daerah di wilayah Punjab tengah, termasuk ibu negerinya Lahore yang mempunyai lebih 11 juta penduduk.

Pihak berkuasa Pakistan menyalahkan pelepasan industri, asap dari tanur bata dan kenderaan, pembakaran sisa tanaman dan sisa am sebagai punca pencemaran udara dan kabus asap di Lahore.

Pakistan bertanggungjawab untuk kurang daripada satu peratus pelepasan karbon global, namun antara 10 negara teratas paling terdedah kepada perubahan iklim. -Agensi

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan