32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Ayu tegaskan Maria Farida bukan punca pergaduhannya dengan ibu

Mesti Baca

ANAK kepada penyanyi Nourul Wahab Depp iaitu Ayu Nazirah menjelaskan pelakon Datin Seri Maria Farida bukanlah punca pergaduhan antaranya dan ibu seperti yang heboh diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Ayu menjelaskan perkara itu menerusi video yang dibuat di Instagram (IG), dan memohon Maria yang juga ibu kepada kekasihnya tidak dipersalahkan dan dituduh sebagai punca hubungannya dengan Nourul bermasalah.

Katanya, dia terpanggil membuat kenyataan disebabkan tajuk yang digunakan sebuah portal boleh menimbulkan kekeliruan.

“Apa yang hendak saya perbetulkan, Datin Seri Maria Farida bukanlah punca apa yang terjadi antara saya dan ibu.

“Apa yang berlaku antara kami harap semua orang dapat hormati.

“Tolong jangan tuduh orang yang tak buat salah yang melayani saya dengan baik dan hentikan menyebar perkara tidak benar,” kata Ayu dalam video yang dimuat naik itu.

Ayu turut menjelaskan hubungannya dengan ibu juga sudah baik dan memohon maaf kepada penyanyi itu.

“Iya, saya ada bergaduh dengan ibu dan saya sudah pun memohon maaf.

Advertisements

“Saya dengan ibu juga sudah berbaik, saya harap semua dapat hormati kehidupan peribadi saya.

“Harap semua ini dapat dihentikan. Semuanya baik-baik sahaja dan saya tak nak hidup saya dijadikan bahan hiburan,” katanya lagi.

Menerusi video itu, Ayu sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, baru-baru ini, bapa Ayu yang juga komposer Ajai menjelaskan perselisihan faham antara bekas isteri, Nourul dan Ayu sudah diselesaikan secara baik.

Ajai atau nama sebenar, Mohd Faizal Maas, menganggap apa yang berlaku adalah perkara biasa dalam hubungan ibu dan anak.

Ajai juga percaya hubungan mereka akan kembali bertaut biarpun ada ketika, saling bermasam muka.

Terdahulu, Nourul berkongsi foto sedang hamil dan menceritakan pengalaman sebelum melahirkan Ayu kira-kira 25 tahun lalu.

Menerusi perkongsian yang sama, penyanyi Kerana Terluka itu meluahkan perasaan seolah berjauh hati apabila mendakwa dirinya dipinggirkan selepas anaknya mempunyai ibu baharu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan