24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Feri Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis henti operasi sementara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai yang berhasrat bercuti ke Langkawi menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Perlis pada 10 hingga 13 Februari ini terpaksa memilih laluan alternatif untuk ke pulau legenda terbabit.

Menurut notis yang dikeluarkan Cuti-Cuti Langkawi Sdn Bhd, operasi feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan dari Langkawi ke Kuala Perlis diberhentikan susulan paras air laut surut ke tahap rendah.

Katanya, bagaimanapun perjalanan feri itu akan kembali beroperasi seperti biasa bermula pada 14 Februari depan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Feryline Kuala Perlis, Roslan Abd Ghani Seman berkata, operasi feri bagi empat hari itu diberhentikan buat sementara waktu berikutan paras air laut mencatatkan bacaan di bawah 1.6 meter.

“Pihak pengurusan memang tidak membuka jualan tiket bagi tarikh dimaklumkan dan pelancong yang berhasrat untuk ke Langkawi boleh menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah,” katanya lapor Sinar Harian.

Advertisements

Menurutnya, penumpang yang ingin membawa masuk kenderaan ke Langkawi masih boleh berbuat demikian pada tarikh berkenaan.

“Saya difahamkan perkhidmatan Langkawi Auto dan Roro masih beroperasi pada tarikh berkenaan dan sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web mereka.

“Untuk pertanyaan lanjut mengenai tiket feri, penumpang boleh emelkan ke [email protected],” katanya.

Tambahnya lagi, sepanjang Disember jumlah pengunjung yang keluar masuk ke Langkawi dari dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah adalah sebanyak 288,868 orang.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan