32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Nyawa 4 sekeluarga melayang angkara dirempuh pemandu ‘lalok’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TRAGIS dan menyentuh hati. Kemalangan yang mengorbankan nyawa empat sekeluarga di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong, Pahang, semalam rupa-rupanya angkara dirempuh pemandu di bawah pengaruh dadah.

Difahamkan, polis turut menemukan tiub straw lutsinar pada pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai dadah jenis syabu.

Empat yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu penumpang Toyota Vellfire, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya, Ahda Dalili Mohd, Nazri, 14; Ahmad Muaz Mohd. Nazri, 7, dan Ahda Imtinan Mohd. Nazri berusia empat tahun.

Suami Raihan yang juga pemandu Toyota Vellfire, Mohd. Nazri Hamid, 43, guru di Gua Musang, Kelantan mengalami kecederaan dan patah tangan kiri.

Pemandu Nissan Navara, berusia 44 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Baca juga:   Pekerja syarikat keselamatan disyaki curi wang ATM ditahan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh, siasatan awal mendapati, Toyota Vellfire terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kahwin.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Toyota Vellfire terbabit telah membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat hijau dan mendapati kenderaan di sebelah kanan arah bertentangan telah berhenti di lorong kanan.

“Tiba-tiba Nissan Navara yang datang dari arah hadapan (dipercayai tidak berhenti semasa lampu isyarat merah) di lorong kiri terus melanggar bahagian hadapan Toyota Vellfire lalu berpusing dan melanggar besi pembahagi jalan.

Baca juga:   2 Orang Asli maut nahas bertembung kereta sekolah memandu

“Akibat kemalangan tersebut, empat mangsa dalam Toyota Vellfire mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu Nissan Navara mengalami pendarahan di kepala dan dihantar ke hospital Temerloh. Ujian awal air kencing di Hospital Bentong mendapati pemandu Nissan Navara positif dadah methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata, siasatan berhubung kejadian itu diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu Nissan Navara berkenaan mempunyai tujuh rekod lampau dan akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan