31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Tok Mat Pengarah PRN Johor, Hasni penyelaras

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi parti itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad pula sebagai Ketua Penyelaras.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Tertinggi BN yang berlangsung malam tadi.

Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zambry, mesyuarat itu turut membincangkan perkembangan mutakhir dalam negara dan perencanaan pada tahun ini.

“Mesyuarat juga turut menegaskan kebulatan tekad seluruh pimpinan parti komponen untuk terus mempertahankan dan mengemas kini kedudukan BN yang menjadi wadah politik negara selama ini.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian.

Baca juga:   PRN Johor: Muda akan bertanding di enam kerusi DUN

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, selain itu pihaknya akan membincangkan tarikh writ pilihan raya dan daftar pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Terdahulu, PRN Johor diadakan selepas DUN dibubarkan selepas diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar setelah Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk HasnI Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor.

Baca juga:   UMNO diharamkan jika BN tewas PRU-15 - Zahid

Pilihan raya itu diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan hanya menguasai 28 DUN manakala Pakatan Harapan pula 27 kerusi daripada 56 DUN. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan