25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Kanak-kanak perlu divaksin untuk perteguh perlindungan – Pakar

China telah memberikan vaksin Sinovac kepada lebih 250 juta kanak-kanak dan remajanya dan tiada kesan sampingan dilaporkan berlaku

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN kanak-kanak perlu divaksin untuk mewujudkan perlindungan kelompok yang lebih teguh walaupun mempunyai risiko dijangkiti serta kesan jangkitan COVID-19 yang rendah berbanding golongan dewasa.

Menurut pakar vaksin merangkap Ketua Biologik Pharmaniaga Berhad, Dr Ajit Pal Singh berkata, virus tersebut masih boleh membiak dan bermutasi dalam kalangan kelompok itu, dikhuatiri akan meningkatkan lagi kebolehjangkitan sekiranya perlindungan tidak diberi secara lebih meluas kepada kanak-kanak dan remaja.

“Seandainya semua golongan dewasa sudah divaksinasi pun, ketika ini di Malaysia sudah sekitar 90 peratus, virus itu akan tetap boleh berganda dalam kohort pediatrik dan menjadi reservoir untuk mereka.

“Apabila mereka (virus COVID-19) mempunyai peluang, mereka akan menjangkiti orang tua, mereka yang komorbid, mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah termasuk kanak-kanak dan remaja.

Baca juga:   Pemandu lori kena tembak anggota kastam rupanya penjenayah

“Jadi untuk menghentikan reservoir itu dan permutasian virus tersebut, kanak-kanak perlu divaksin,” katanya, lapor Astro Awani.

Kata Dr Ajit, ibu bapa tidak perlu risau akan kesan sampingan yang mungkin akan diterima anak-anak mereka kerana golongan ini secara amnya, hampir 80 peratus.

Menurut beliau, adalah asimptomatik atau kesan susulan yang sangat minimum.

“Adapun yang akan mengalami kesan kritikal hanya satu daripada 20,000 penerima vaksin daripada golongan 12 tahun ke 17 tahun dilaporkan berlaku.

“Pada masa sama, beliau menasihatkan supaya memilih vaksin sebaiknya, dalam erti kata mengimbangi antara keselamatan si penerima dengan perlindungan yang diperlukannya.

Baca juga:   Kanak-kanak didera ibu bapa angkat dalam jagaan JKM

“Sinovac adalah sangat selamat untuk populasi pediatrik.China telah memvaksin lebih 250 juta kanak-kanak dan remajanya, dan kami melihat tiada kesan sampingan baharu dilaporkan atau yang lebih teruk dengan jenis vaksin ini.

“Anda tidak boleh memilih vaksin yang terlalu tinggi kadar imunogeniknya terhadap populasi yang mempunyai kesan ringan.

“Ketika ini, semua jenis vaksin telah diluluskan untuk diberi kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun sementara masih menunggu kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk kebenaran memvaksin golongan 3 hingga 11 tahun,” katanya.

Ujar beliau lagi, kohort pediatrik turut akan diberikan dua dos suntikan tetapi jumlahnya lebih sedikit dan untuk meningkatkan kekuatan perlindungan sepertimana yang diberi kepada golongan dewasa, kanak-kanak dan remaja juga mungkin akan disaran untuk mengambil dos penggalak.

Baca juga:   WHA sebulat suara sokong sektor kesihatan di Palestin - Khairy

Begitupun, perkara tersebut masih dalam kajian untuk menilai keperluannya.- Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan