29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

UMNO bangkit bukan kerana ‘ubat mujarab’ dibawa Pas

Mesti Baca

UMNO bangkit daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan kerana ‘ubatan mujarab’ yang dibawa oleh Pas, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, kebangkitan partinya kerana dukungan orang Melayu terhadap UMNO serta prestasi buruk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelar, itik, angsa, harimau dan sebagainya, gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.

“UMNO masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia. Kami bangkit semula bukan kerana ‘ubatan mujarab’ Pas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad membidas kenyataan beramaran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang agar UMNO tidak lagi menggunakan strategi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyelamatkan kluster-kluster tertentu dalam parti itu.

Ini kerana tegas Abdul Hadi, parti itu juga mempunyai strategi sendiri dan tidak akan tunduk dengan permainan politik UMNO.

Malah Ahli Parlimen Marang itu juga menggelarkan UMNO sebagai itik yang patah kaki yang kemudian diselamatkan oleh Pas.

Baca juga:   Ketegasan Ismail Sabri, rakan halang Kerajaan PN tumbang

“Kita bukan nak ajar itik berenang, tapi kita selamatkan itik yang patah kaki. Bila kaki dah sembuh, dia nak berenang sendiri, nak tinggalkan kita,” katanya semalam.

Mohamad menegaskan, Pas tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan hari ini jika bukan kerana UMNO.

Baca juga:   Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Liek Hou

Katanya, Pas tahu, tanpa UMNO parti itu juga tidak dapat kekal menjadi sebahagian dalam kerajaan Persekutuan selepas PRU-15 nanti.

“Jika Pas merasakan BN (Barisan Nasional) itu tidak lagi relevan, kita pulangkan lah kepada rakyat untuk memutuskannya.

“Dan biarlah rakyat juga memutuskan sama ada Pas dan PN itu relevan lagikah atau tidak,” katanya.

Mengenai dakwaan Abdul Hadi bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sengaja diadakan untuk menyelamatkan kumpulan kluster tertentu dalam UMNO, Mohamad berkata, ia sangat tidak munasabah.

Katanya, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mempunyai sebab tersendiri bagi mendapatkan mandat baharu dan itu bukan urusan parti lain untuk mempersoalkannya.

Hasni juga, katanya, diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh UMNO untuk menasihati Sultan Johor, sesuai keadaan dan keperluan, bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Menuduh ‘kluster’ itu dan ini sebagai penyebabnya adalah sangat tidak munasabah. Untuk makluman istilah-istilah itu hanya ciptaan musuh UMNO sahaja.

“UMNO bukan seperti parti lain. Tiada wala’ kepada Presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segalanya. Ia adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja,” tambah beliau.

Baca juga:   Persembahan pertama selepas 'bercuti' susulan Covid-19

Sebagai contoh, katanya, apabila UMNO memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, hanya hanya 12 Ahli Parlimen UMNO sahaja yang akur.

“Demikianlah demokratiknya UMNO” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Ketegasan Ismail Sabri, rakan halang Kerajaan PN tumbang

Wartawan

Terkini

PM terima kunjungan Sultan Brunei di Seri Perdana hari ini

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah hari...

Lagi Artikel Berkaitan