31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bersatu, Pas ingatkan sokongan kepada kerajaan bersyarat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARTI Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Pas hari ini memberi peringatan bahawa sokongan yang diberi kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan begitu sahaja, sebaliknya ia bersyarat.

Sehubungan dengan itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddn Yassin menegaskan, ia perlu dihormati dan dirunding atas nilai integriti, antirasuah dan berkebajikan.

Peringatan itu dibuat dibuat ketika kedua-dua parti menyatakan rasa tidak senang mereka atas tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Perkara itu merupakan salah satu daripada tujuh resolusi yang dicapai dalam Muzakarah Pas-Bersatu di Shah Alam, hari ini. Hadir sama, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Untuk rekod sebelum ini Muhyiddin merupakan Perdana Menteri yang kemudian diketepikan melalui percaturan UMNO yang mengarahkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan mereka.

Muhyiddin bersama Abdul Hadi Awang pada Muzakarah Pas Bersatu di Shah Alam hari ini.

Muhyiddin dalam sidang media selepas muzakarah itu berkata, kedua-dua parti itu turut melahirkan rasa kesal terhadap percaturan politik segelitir pihak yang menutup pintu perpaduan, mengugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat.

Berikutan dengan itu, katanya, Bersatu dan Pas dengan penuh kesungguhan dan iltizam akan mewujudkan kestabilan politik dalam negara, menerusi ketetapan yang dipersetujui bersama.

“Kedua-dua parti akan menuju visi dan hala tuju bersama ke arah mengukuhkan PN bersama, menolak budaya politik esktrem, dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.

“Selain itu, akan memperhalusi strategi dan pendekatan bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional merentasi platfrom bukan politik berteraskan nilai kepercayaan bersama, perkongsian saksama,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Bersatu dan Pas juga memutuskan untuk menyertai PRN Johor sebagai satu pasukan di bawah panji PN.

Kata Muhyiddin, PN juga bakal menampilkan gabungan calon muda serta berpengalaman pada PRN berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, butiran lanjut mengenai perancangan dan pembahagian kerusi di antara parti komponen PN akan dimuktamadkan kemudian.

“Insya-Allah akan dibincangkan perkara itu kerana yang penting ialah hasrat kami bertanding bagi mendapatkan mandat rakyat Johor, bangsa Johor untuk membentuk kerajaan PN di peringkat negeri,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan