24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UPSI bangun aplikasi digital khidmat sokongan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Kesejahteraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Wellness Centre UPSI) membangunkan pelantar aplikasi digital yang bertujuan bagi meningkatkan latihan serta perkhidmatan kaunseling serta kesihatan mental secara pintar dan optimum.

Ia dibangunkan sekumpulan sukarelawan dan  tenaga pengajar Jabatan Psikologi dan Kaunseling sejak 2012, membabitkan pelbagai latihan berkaitan kesejahteraan dan kaunseling untuk pelajar.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata,platform digital sehenti Pusat Kesejahteraan UPSI ini terdiri daripada lapan aplikasi dalaman iaitu sistem infak, tempahan khidmat rundingan kaunselor, Sistem Pengurusan Kesejahteraan (Well-Manage System), Capaian Sumber Inovasi pintar dan Akademik (E-Innovation & Academic Resources), Sistem Tempahan Ruang, Sistem Daftar Pengurusan Acara, Sistem Pengurusan Fail dan sistem jualan makanan (Wellness Coffee).

“Sistem-sistem ini dihasilkan oleh pelajar UPSI sendiri dan membuktikan bahawa modal insan UPSI mampu membawa UPSI seiring dengan keperluan era semasa.

“Bukan itu sahaja, Wellness Centre UPSI telah menyumbang peranan dalam memberi latihan dan perkhidmatan sokongan kepada warga UPSI yang terdiri daripada warga staf dan pelajar,” jelasnya lanjut.

Menurut Md Amin lagi, seramai 50 orang kaunselor pelatih telah menjalankan latihan industri di Wellness Centre dan mengendalikan pelbagai rencam antaranya 500 kes kaunseling indvidu, 300 kes kaunseling kelompok dan 100 program berkaitan.

“Melalui sistem laman web yang dibangunkan ini sekaligus meningkatkan latihan serta perkhidmatan kaunseling dan kesihatan mental secara pintar dan optimum serta menyasarkan untuk menjadi peneraju pusat kesejahteraan di tanahair,”katanya.

Advertisements

Wellness Centre UPSI dilancarkan Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud di Fakulti Pembangunan Manusia  (FPM), Kampus Sultan Azlan Shah.

Menurut beliau, inisiatif yang diambil oleh UPSI amat bertepatan dengan falsafah pendidikan yang berfokuskan kepada pembangunan manusia pada hari ini.

“Jika kita perhatikan terdapat segelintir warga masyarakat hari ini menghadapi pelbagai kesulitan dan tekanan hidup berdepan dengan situasi pasca COVID-19.

“Menerusi pendekatan secara holistik daripada UPSI sekaligus membantu masyarakt untuk mendapatkan khidmat rundingan terbaik sesuai dengan ledakan revolusi 4.0 dan teknologi 5G menjadikan UPSI antara universiti awam yang memacu kepada perubahan tersebut dari segi interaksi, urusniaga, kesihatan dan kesejahteraan sejagat,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan perasmian pelancaran di sini.

Hadir sama ADUN Slim, Mohd. Zaidi Aziz; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh;  Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari, Mohamad Najib Mohamed.

Laman sesawang Wellness Centre UPSI boleh dicapai menerusi https://wellnessupsi.com/ – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan