30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

140 penumpang feri Langkawi-Kuala Perlis terkandas 5 jam

Mesti Baca

SERAMAI 140 penumpang termasuk kru sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam akibat kipas tersangkut pada tali hanyut kira-kira pukul 8 malam tadi.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), feri tersebut terkandas kira-kira  2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis.

“Aset Maritim Malaysia sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kerja menunda yang dilakukan oleh syarikat feri berkenaan.

Advertisements

“Semua penumpang selamat tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada pukul 12.20 tengah malam tadi,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom ketika dihubungi berkata, feri itu terkandas ketika perjalanan berbaki hanya 0.9 kilometer.

“Kipas feri berkenaan tersangkut tali yang dipercayai hanyut di perairan berkenaan menyebabkan perjalanannya tergendala dan kami telah menghantar bot penunda dan semuanya selamat,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan