30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Polis kesan pengasuh dera bayi di taska

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan seorang pengasuh yang didakwa mengasari dan mendera bayi di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima satu laporan dari orang awam semalam berhubung video kejadian yang tular di aplikasi Whatsapp.

Katanya, video tersebut menunjukkan tindakan seorang wanita yang tidak dapat dipastikan bangsanya telah mengasari seorang bayi yang juga tidak diketahui umurnya.

“Hasil soal siasat mendapati kejadian berlaku di salah sebuah taska yang berada di kawasan Mutiara Rini. Pihak polis masih lagi mengesan suspek bagi tujuan siasatan.

Advertisements

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Satu video kejadian membabitkan penderaan pengasuh terhadap seorang bayi tular di media sosial dipercayai berlaku di sebuah taska swasta di Iskandar Puteri.

Video berdurasi 50 saat itu menunjukan tindakan pengasuh yang disyaki menghentakkan kepala bayi dan memukul kepalanya ketika anak jagaannya itu sedang menangis.

Video yang tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp itu mendapat perhatian umum dan rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia cadang bawa inisiatif JELITA ke peringkat ASEAN – Zahid

MALAYSIA bercadang untuk membawa insiatif Pemerkasaan Pekerjaan melalui Pembelajaran dan Kemajuan Teknikal Inklusif (JELITA) ke peringkat ASEAN bagi merapatkan...

Lagi Artikel Berkaitan