24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isyarat Anwar juga sedia dikritik, sindir oleh UMNO

Sindiran PM bermakna beliau memberi lampu hijau bahawa kepimpinannya sebagai PMX juga terbuka untuk dikritik dan disindir oleh UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pentas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan untuk menyindir UMNO bermakna Perdana Menteri itu juga bersedia untuk menerima kritikan dan sindiran daripada parti tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu seolah-olah memberi lampu hijau bahawa kepimpinan beliau terbuka untuk dikritik oleh parti berkenaan.

“Dalam ucapan Anwar di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, beliau masih menyindir UMNO dengan berbagai ungkapan.

“Itu bermakna dia beri lampu hijau bahawa kepimpinan beliau sebagai PMX juga terbuka untuk dikritik dan disindir sindir oleh UMNO. Walaupun dulu lawan sekarang kawan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, penyokong Barisan Nasional (BN) bersikap gentleman biarpun para penyokong PH beberapa kali melaungkan ‘Reformasi’ ketika Anwar sedang berucap.

Advertisements

Katanya, para penyokong BN yang memenuhi sebahagian besar Dewan Merdeka itu boleh sahaja membalas dengan laungan ‘Reforbasi’ sepertimana ketika debat antara Anwar dan Datuk Seri Najib Razak pada Mei tahun lalu.

“Penyokong BN bersikap gentleman pada hari tersebut. Sekarang di bahu Anwar ada beban untuk melakukan pembaharuan institusi. Kuasa penuh di tangan beliau,” katanya.

Puad juga berharap penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tidak merencat pembaharuan institusi.

“Jika tidak, ‘Reformasi’ hanya retorik dan memang ‘reforbasi’,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan