24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tuaran kini zon merah COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DAERAH Tuaran di Sabah, kini dikategorikan zon merah COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, daerah itu mencatatkan 26 kes baharu berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.

Menurutnya, Tuaran satu-satunya daerah mencatatkan kes paling banyak ketika ini menyebabkannya kembali diklasifikasikan ke zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.

“Analisis kes COVID-19 bagi minggu lalu mendapati hanya tiga daerah mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

“Sebanyak 16 daerah lain tidak mencatat sebarang kes iaitu Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

Advertisements

“Bagaimanapun, tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di seluruh negeri minggu lalu,”katanya dalam kenyataan.

Secara keseluruhan, katanya, jumlah kes baharu di seluruh Sabah minggu lalu meningkat sebanyak 68 peratus iaitu 64 kes berbanding 38 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, purata kes aktif setiap hari pada minggu lalu juga meningkat sebanyak 40 peratus kepada tujuh kes berbanding lima pada minggu sebelumnya.

“Jumlah pesakit COVID-19 dalam rawatan turut meningkat sebanyak 6 peratus kepada 166 kes minggu lalu berbanding 156 kes sebelum itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan