34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Suhaimi perkuat HM untuk Pestabola Merdeka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENJAGA gol Terengganu FC, Suhaimi Husin merupakan satu-satunya muka baharu yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan Gon ke kem pusat Harimau Malaya bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan berkata, pengendali berasal dari Korea Selatan itu turut mengekalkan 21 pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan menentang Syria dan China, bulan lalu.

Katanya, kesemua 25 pemain yang dipanggil perlu melaporkan diri bermula 6 Oktober ini sebagai persiapan kejohanan yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober ini.

“Baki empat pemain lain terdiri daripada tiga pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand bulan lalu.

Advertisements

“Mereka adalah Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine serta seorang pemain baharu iaitu penjaga gol, Suhaimi Husin,” katanya hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi menentang India pada 13 Oktober ini dalam perlawanan pertama Pestabola Merdeka.

Malaysia seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga yang dijadualkan pada 17 Oktober ini.

Menurut FAM, sebanyak 14,022 tiket perlawanan telah terjual menjelang 11 hari sebelum sepak mula kejohanan berlangsung. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan