25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Akibat ‘scam’, pekebun sayur hilang hampir RM800,000

Mesti Baca

AKIBAT terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi telefon, seorang pengusaha kebun sayur di Cameron Highlands kerugian RM792,669.45.

Difahamkan sindiket penipuan itu menyamar sebagai pegawai polis dan syarikat penghantaran barang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan, lelaki berusia 54 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran barang pada 19 Jun lalu.

Katanya, suspek memaklumkan terdapat bungkusan barang milik mangsa.

“Mangsa kemudiannya diminta menghubungi pegawai polis kerana bungkusan barang itu mengandungi kad kredit, kad pengenalan dan pasport.

Advertisements

“Mangsa juga dikatakan terbabit dengan pengubahan wang haram dan akaun mangsa akan diperiksa serta waran tangkap telah dikeluarkan.

“Takut dengan ugutan itu, mangsa mengikut semua arahan suspek sehingga memindahkan sejumlah RM792,669.45 kepada lima akaun berbeza.

“Siasatan mendapati mangsa menggunakan wang simpanannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan