31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Warga emas putih mata, wang KWSP RM100,000 lesap

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas mengalami kerugian sebanyak RM100, 000 apabila wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya lesap selepas terpedaya dengan ‘phone scam’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 5 Jun lalu selepas mangsa yang berumur 67 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Dalam perbualan, suspek menyatakan mangsa membuat penghantaran bungkusan melalui pos laju yang mengandungi kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan kad pengenalan serta hasil semakan mendapati mangsa mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dan penggubahan wang haram.

“Mangsa berasa takut dan telah mengikut arahan suspek dengan memindahkan wang berjumlah RM100,000 ke dua akaun bank suspek yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, menurut Yahaya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

Advertisements

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa telah memindahkan wang simpanan KWSP miliknya kepada suspek selepas terpedaya dengan helah suspek.

Sementara itu dalam kes berasingan di Temerloh, seorang lelaki berusia 32 tahun mengalami kerugian sebanyak RM95,200 selepas terpedaya dengan ‘phone scam’.

Katanya, kejadian bermula pada 1 Januari lalu selepas mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai sebuah syarikat kurier yang menyatakan nama mangsa digunakan dalam penghantaran bahan terlarang ke Perlis.

“Kemudian panggilan tersebut telah disambung kononnya kepada pihak polis dan mahkamah dan mangsa diminta membuat pinjaman peribadi dan wang tersebut dipindahkan ke satu akaun juruaudit Bank Negara Malaysia untuk siasatan.

“Dalam tempoh seminggu mulai 14 April 2023 mangsa telah membuat empat kali transaksi berjumlah RM 95,200.00 ke empat akaun yang berbeza,”ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan