Tuesday, July 7, 2026

Polis kenal pasti 190 kawasan panas PRN enam negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, daripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi.

“Ia diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang,” katanya selepas program lawatan hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Cheras hari ini.

Acryl Sani berkata, lokasi berkenaan dikategorikan sebagai kawasan panas kerana dilihat berpotensi untuk tercetusnya provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Justeru katanya, bagi memastikan kelancaran PRN, pihaknya akan melancarkan Op PRN 6N yang akan memfokuskan kepada aspek keselamatan pengundi, tempat pengundian dan tempat penjumlahan undi.

Menurutnya, bagi pengundian awal di enam negeri tersebut, ia akan membabitkan 93,833 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – BERNAMA

Terkini

Kyrgyzstan lancar Wilayah Pelaburan Kewangan Khas Tamchy

PRESIDEN Kyrgyzstan, Sadyr Japarov melancarkan Wilayah Pelaburan Kewangan Khas (SFIT) Tamchy, yang disifatkan sebagai langkah strategik untuk meletakkan negara itu...

Lagi Artikel Berkaitan