24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 16 hakim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 16 hakim di Istana Negara di sini.

Turut berangkat pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Rampkarpal Singh, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim.

Turut hadir, Hakim Besar Malaya Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Dato’ Abdul Rahman Sebli.

Menerusi laman rasmi Istana Negara, istiadat pelantikan yang melibatkan 16 Hakim tersebut dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Advertisements

Ia diikuti Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azmi Ariffin, Datuk Azhahari Kamal Ramli, Dato’ S M Komathy a/p Suppiah dan Dato’ Dr Choo Kah Sing.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 10 Hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim tersebut iaitu Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, Norliza Othman, Hasbullah Adam, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim, Roslan Mat Nor, Julia Ibrahim, Datuk Indera Mohd Arief Emran Arifin, Dr John Lee Ken How@Mohammad Johan Lee, Adlin Abdul Majid dan Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Selesai pengurniaan suratcara pelantikan, Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan ke Dewan Seri Bendahara untuk menerima menghadap kesemua hakim yang baru dilantik, sebelum bersantap bersama semua tetamu yang hadir.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan