26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Guru BM, BI paling ramai bersara awal – Fadhlina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GURU dua subjek teras, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan kelompok paling ramai mengemukakan permohonan bersara awal sejak dua tahun kebelakangan ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bilangan tersebut diikuti guru mata pelajaran Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan guru yang memohon adalah seramai 6,890 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

“Berdasarkan rekod KPM, bilangan PPP yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu iaitu 2,862, Bahasa Inggeris (1,146) dan Matematik (1,015).

Advertisements

“Ini diikuti guru Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483). Bagi tahun 2023, kelulusan permohonan bersara pilihan masih dalam pertimbangan pihak agensi pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks jawapan lisan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Parlimen hari ini.

Fadhlina menjawab soalan Zulkifli Ismail (Jasin-PN) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik permohonan bersara pilihan dalam kalangan PPP secara perbandingan mengikut bidang kepakaran (opsyen) daripada tahun 2021 hingga 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan