31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MAQIS rampas 740 kilogram daging kerbau dari India

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 740 kilogram daging kerbau dari India bernilai RM11,700 dirampas pihak berkuasa dalam pemeriksaan yang dilakukan di Pelabuhan Pasir Gudang, semalam.

Pengarah JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguat kuasa jabatan itu pada 5 petang telah menemukan 37 kotak daging kerbau dalam sebuah kontena.

“Kotak-kotak tersebut mempunyai tarikh penyembelihan, tarikh pembuatan, tarikh luput dan nama pengimport tidak sama seperti dinyatakan pada sijil halal yang dikeluarkan.

Advertisements

“Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30an yang merupakan ejen penghantaran ditahan, bagaimanapun dia telah dilepaskan setelah diambil keterangan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Edie Putra berkata kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana memberi perakuan atau dokumen lain yang tidak tepat dan mengelirukan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 13 akta sama.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan oleh kerajaan, seterusnya memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal dan selamat digunakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan