26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KKM kaji semula keperluan anggota kesihatan – Zaliha

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menjalankan satu kajian baharu tahun ini bagi menyemak semula keperluan sebenar negara bagi pelbagai kategori sumber manusia untuk kesihatan. 

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kajian itu akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan selepas 2016 dan juga keperluan kesihatan rakyat.

Katanya, dengan itu, taburan dan keperluan anggota kesihatan untuk seluruh negara dapat dipetakan dan diunjurkan dengan jelas. 

“Kajian ini akan menjadi asas kukuh ke arah penyediaan pelan implimentasi bagi strategi-strategi di dalam Kertas Putih Kesihatan. Pelan jangka panjang ini untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

“KKM akan terus berbincang dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), bagi memastikan dasar dan perancangan kesihatan yang dirangka adalah bertepatan dengan keperluan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

JPA sebelum ini menghentikan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang dibuat berpandukan dapatan kajian Supply and Needs-Based Requirement Projections of Malaysian Human Resources for Health Using System Dynamics Approach 2016-2030 yang dijalankan KKM. 

Kajian itu dikatakan menunjukkan unjuran bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai 2026 hingga 2030.

Walau bagaimanapun, kajian ini berdasarkan data dari 2008 hingga 2015 dan kurang menggambarkan situasi semasa. 

Sementara itu, Zaliha berkata, KKM menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan