33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rundingan terbatas dimulakan ganti rundingan terus – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RUNDINGAN secara diterbatas telah mula dilaksanakan kerajaan bagi menggantikan pemberian projek tanpa tender atau rundingan terus bagi projek untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada pejabat daerah bagi melaksanakan tender terbatas bagi projek-projek tertentu.

“Kita memberi ruang kepada pegawai daerah umpamanya di peringkat tertentu di kementerian-kementerian. Umpamanya sekolah daif, klinik daif, kalau projek itu hingga RM1 juta, maka diberikan kelonggaran kepada pejabat daerah untuk membuat tender terbatas.

“Dalam kes lif-lif usang, kalau kita buat tender, lif itu mungkin mengambil masa tiga bulan untuk diperbaiki. Oleh demikian, untuk lif yang perlu diganti atau diperbaiki antara RM500,000 hingga RM1.2 juta, harga perolehan kerja itu juga diproses lebih cepat melalui tender terhad, terbatas atau prakelayakan terpilih,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai sama ada pembaharuan kerajaan dalam pemberian tender mengakibatkan kelewatan pelaksanaan projek untuk rakyat.

Sementara itu, Anwar berkata, semua projek di bawah nilai RM50 juta di Sabah dan Sarawak diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Teknik Sabah atau Sarawak.

Katanya, langkah itu bertujuan mempercepatkan pelaksanaan projek tanpa merujuk Kementerian Kewangan atau agensi pusat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, aktiviti menyakau wang rakyat dalam urusan rundingan terus perlu dihentikan.

“Saya menolak keras soal rundingan terus ini kerana tiada pemantauan dan ini hanya pakatan antara syarikat itu dan orang berkenaan,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan