25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Lubang benam: Kekal tenang, usah tangguk di air keruh – Zaliha

Mesti Baca

SEMUA pihak diminta bertenang dan tidak menangguk di air keruh berhubung insiden lubang pendam yang berlaku di Jalan Masjid India di ibu negara baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, adalah penting isu tersebut ditangani dengan fakta dan tindakan yang berasas, bukan hanya retorik dan tindakan yang boleh menyebabkan keresahan rakyat.

“Saya ingin sarankan agar mana-mana pihak tidak perlu menangguk di air keruh. Tiada keperluan untuk mencari publisiti murahan atau mempolitikkan isu ini. 

“Fokus kita sekarang adalah untuk mencari penyelesaian yang konstruktif demi keselamatan dan kesejahteraan semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaliha berkata, pada masa ini keutamaan pihaknya  adalah keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga Kuala Lumpur.

Jelas beliau, beberapa insiden yang berlaku di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini merupakan satu ruang untuk semua pihak, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), meneliti dan menambah baik kaedah pemantauan dan tindak balas kepada insiden seperti ini.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk segera bekerjasama secara dekat dengan ahli geologi dan pakar infrastruktur untuk menilai dan mengurangkan sebarang risiko insiden seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan DBKL, kata beliau, juga akan memperkukuhkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembangunan.

Advertisements

Ini dengan memastikan kajian geoteknik oleh jurutera bertauliah dikemukakan di peringkat lebih awal iaitu di peringkat permohonan kelulusan perancangan.

Beliau juga, kata Zaliha, berkomunikasi dari semasa ke semasa dengan Datuk Bandar untuk mengenal pasti tindakan segera yang dilaksanakan dan strategi jangka panjang.

Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula dasar perancangan bandar di Kuala Lumpur agar risiko insiden dapat dikurangkan dengan lebih berkesan.

“Saya menyeru semua pihak termasuk penduduk dan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan untuk bersama-sama memberi pandangan yang konstruktif. 

“Pihak berwajib akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan terkini berhubung insiden tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mahukan menteri berkaitan tidak main ‘sorok-sorok’ berhubung tragedi lubang benam di Jalan Masjid India.

Beliau mahukan menteri agar mencari jalan penyelesaian di luar kotak berhubungan lubang benam di ibu negara.

Katanya, ini termasuk isu penyelenggaraan utiliti bawah tanah dan perancangan jangka panjang dengan memindah ibu negara ke lokasi baharu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan