25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Skuad Palestin tiba untuk kem latihan pusat Kelayakan Piala Dunia

Mesti Baca

SKUAD Palestin tiba bagi kem latihan pusat di Kuala Lumpur menjelang permulaan kempen Kumpulan B, Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Republik Korea dan Jordan.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi disambut oleh Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

Palestin akan turun menjalani latihan di Kuala Lumpur selama lima hari sebelum terbang ke Seoul bagi perlawanan pertama menentang Republik Korea di Stadium Piala Dunia Seoul pada 5 September.

Mereka kemudian kembali ke Kuala Lumpur bagi menghadapi perlawanan kedua menentang Jordan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) telah memilih Malaysia sebagai venue untuk gelanggang sendiri mereka bagi perlawanan bertemu Jordan itu.

Skuad Piala Dunia Palestin tiba di KLIA untuk kem latihan pusat mereka. – Foto FAM

FAM dipertanggungjawabkan dalam menguruskan perlawanan tersebut dari segi operasi dan teknikal, termasuk kem latihan pusat pasukan Palestin di Kuala Lumpur bermula esok.

Sebelum ini, PFA mencari venue yang sesuai untuk dijadikan gelanggang neutral atau gelanggang sendiri mereka susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Advertisements

Selepas perbincangan, kata sepakat telah dicapai antara FAM dan PFA yang mana Datuk Haji Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA bersetuju untuk menawarkan venue neutral di Malaysia dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dipilih.

“FAM menyifatkan ia satu penghormatan yang cukup besar buat Malaysia kerana menjadi satu-satunya negara yang diberikan kepercayaan oleh Palestin untuk menjadi gelanggang neutral buat pasukan kebangsaan mereka.

“Malah, FAM berasa bertuah kerana PFA memilih untuk mengadakan aksi pertama pasukan kebangsaan mereka di gelanggang sendiri dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Malaysia,” kata FAM. 

Dalam pada itu PFA memaklumkan pemilihan Malaysia atas beberapa sebab antaranya 

kedudukan geografinya yang hampir dengan perlawanan pertama kami menentang Korea.

Selain itu, PFA merasakan mereka mempunyai hubungan persaudaraan yang mendalam dengan rakyat Malahsia yang secara konsisten menyokong perjuangan Palestin.

“Tambahan pula, Malaysia tidak bersaing untuk merebut tempat di Piala Dunia pada peringkat ini, memastikan keadilan dan rasa hormat terhadap pasukan lain dalam kumpulan kami, PFA memilih venue alternatif,” kata PFA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan