30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MAPSU sambut baik hala tuju KKM

Mesti Baca

MAJLIS Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) menyambut baik dan menyokong sepenuhnya hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui oleh Dr Zaliha Mustafa.

Presidennya, Ajulahin Japin berkata, dengan menekankan konsultansi dan sesi libat urus berterusan dengan warga KKM khususnya kumpulan pelaksana, mereka berharap hubungan harmonis diantara majikan dan pekerja dianggap penting untuk membuahkan satu sistem penyampaian yang efisien dan berkualiti.

Perkara itu disuarakan pada Konvensyen Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah diadakan pada 26 dan 27 Julai lalu di Melaka dan telah dihadiri oleh 52 orang Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja.

Turut membabitkan barisan pengurusan tertinggi KKM, konvensyen itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Datuk Seri Norazman Ayob.

“Mewakili hampir 80,000 warga KKM iaitu 22 kesatuan sekerja di bawah KKM, kami menyambut baik komitmen bahawa Menteri Kesihatan dan barisan pengurusan KKM akan memberikan perhatian kepada semua skim-skim perkhidmatan di bawah mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Katanya, kementerian juga sentiasa mengutamakan isu-isu kebajikan dan sedia mendengar sebarang cadangan daripada pihak kesatuan untuk menghasilkan satu usahasama yang selaras dengan aspirasi rakyat.

“Pihak kesatuan sedar bahawa Kementerian Kesihatan yang mempunyai 119 skim perjawatan sudah tentunya terdapat pelbagai permasalahan yang diutarakan oleh pihak kesatuan.

“Pihak kesatuan mengalu-alukan kesediaan KKM untuk turun padang bersama pekerja diperingkat bawahan,” katanya.

Ajulahin yang juga Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah (SMSU) turut merakamkan terima kasih dan pujian kepada KKM atas inisiatif mengadakan konvensyen ini dan berharap ianya akan menjadi satu acara tahunan.

“Saya percaya konvensyen ini akan dapat mengukuhkan hubungan dan persefahaman diantara pihak kesatuan dan kementerian,” katanya lagi – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan