29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PERKESO meterai MoC dengan SEDC

Pemeteraian MoC itu membawa aspirasi murni PERKESO dan SEDC dalam menangani permasalahan golongan sasar melalui perkongsian data dan Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial

Mesti Baca

DALAM usaha memperluas dan memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan sosialnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memeterai Memorandum Kolaborasi (MoC) bersama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi Program Social Synergy.

Pemeteraian MoC itu membawa aspirasi murni PERKESO dan SEDC dalam menangani permasalahan golongan sasar melalui perkongsian data dan Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial yang meliputi skim perlindungan PERKESO untuk usahawan Negeri Sarawak seperti Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.

PERKESO dalam satu kenyataan berkata, selain itu, intervensi pasaran buruh menerusi Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO serta pelbagai aktiviti yang berkaitan juga akan dilaksanakan di bawah MoC ini.

“Seiring dengan peranan SEDC sebagai agensi yang menggalakkan pembangunan industri, komersial serta sosio-ekonomi Negeri Sarawak, PERKESO yakin MoC ini akan memudahkan akses untuk rakyat negeri ini kepada bantuan yang diperlukan menerusi Program Social Synergy.

“Ini dapat dilaksanakan menerusi pengumpulan data secara berpusat bagi mengelakkan keciciran dan pertindihan maklumat serta pewujudan pusat sehenti (one-stop centre) yang memberi akses kepada semua perkhidmatan perlindungan sosial,” katanya.

Advertisements

Hadir pada majlis menandatangani MoC itu ialah Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, John Riba Marin bersama Pengurus Besar SEDC, Datuk Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

Dalam pada itu, kolaborasi strategik ini juga diharap akan memperkasakan sistem perlindungan keselamatan sosial di negara ini, di mana PERKESO dapat membantu SEDC memastikan golongan yang memerlukan atau pencari kerja mendapat bantuan sewajarnya, seiring dengan prinsip ‘No Wrong Door Policy’.

Sejak tahun 2019 hingga 2023, lebih 23,000 prospek atau kes telah berjaya disalurkan ke pelbagai agensi berkaitan melalui Portal Sistem MySynergy yang dibangunkan oleh PERKESO.

Prospek-prospek ini seterusnya dibantu oleh agensi-agensi terbabit berdasarkan keperluan masing-masing.

Sebagai sebuah platform keselamatan sosial yang sistematik, komprehensif dan holistik yang menyediakan penyelesaian secara ‘end-to-end’, Program Social Synergy dilengkapi dengan tiga ciri perlindungan sosial iaitu bantuan sosial, insurans sosial dan intervensi pasaran kerja untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan