25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Fahmi tidak berkempen di masjid – KP Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tidak berkempen semasa berada dalam Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil penelitian rakaman video berdurasi 12 minit berhubung ucapan Fahmi di masjid berkenaan mendapati beliau memberi penerangan berhubung isu kumpulan The 1975.

“Dalam tempoh 12 minit ucapan daripada menteri adalah penerangan berhubung kumpulan muzik, The 1975.

“Kita telah memanggil seramai lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir bersama ketika ucapan itu dibuat,”katanya memetik laporan BH Online.

Beliau terdahulu mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan kerana membuatkan kenyataan tidak benar.

Advertisements

Katanya, tindakan akan diambil kepada orang yang menyebarkan berita berkenaan.

“Jika perkara yang benar tiada masalah tetapi yang memfitnah adalah sesuatu kesalahan di bawah jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan menerima aduan dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berhubung insiden berkenaan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan selesai.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan