30 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri teruja diserbu peminat

Mesti Baca

KALI pertama menjejakkan kaki ke Malaysia, pempengaruh media sosial dari Indonesia, Mimi Peri akui teruja setiap kali melihat suasana dan jalan di sini.

Lebih mengujakan lagi apabila kunjungannya ke pusat beli belah Suria KLCC, dia dikerumuni oleh ramai peminat.

Berkongsi perasaannya itu, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani berkata, seumur hidup dia belum pernah ke luar negara dan Malaysia adalah negara pertama yang dijejaki.

“Saya berpeluang dapat datang ke sini atas tajaan Datuk Fizz Fairuz bagi mempromosikan filem Mat Tudung Begins.

“Saya akui teruja dan seronok sehingga lalu di gua (terowong) saya jadi jakun kerana gua di sini cantik.

Advertisements

“Lebih membuatkan saya teruja, pastinya kunjungan wajib ke KLCC dan sampai di sana saya diserbu oleh ramai peminat.

“Tidak sangka mereka semua mengenali saya dan mengajak saya bergambar bersama,” katanya.

Katanya lagi, dia terharu dengan sambutan peminat yang menerima baik dirinya.

Popular dengan video memanggil orang bangun sahur, Mimi hadir ke Malaysia untuk tayangan perdana filem Mat Tudung Begins arahan dan terbitan Fizz Fairuz yang diadakan baru-baru ini.

Menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula esok, filem itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Fazlina Datuk Ahmad Daud. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan